Budak 5 tahun hilang jatuh tali air

BALING, 6 Oktober – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Lanai di sini hari ini.

Muhammad Aminuddin Mohamad Nazri, 5, yang dikatakan bermain di atas titi, terjatuh ke dalam tali air dan dibawa arus jam 4.45 petang.

Sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi, Shuid Abdul Rahman bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan jam 4.59 petang.

Jurucakap bomba berkata, pasukan itu menggunakan tali dan pencangkuk besi bagi mencari mangsa dalam tali air yang mempunyai kedalaman sehingga 1.8 meter dan arus deras.

Sehingga kini, usaha mencari masih dijalankan dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

from IKIMfm http://ift.tt/2wA8Idr
via IFTTT

PDAM mahu model perniagaan minyak diubah

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) meminta kerajaan mengubah model perniagaan stesen minyak daripada milikan tunggal kepada sendirian berhad bagi membantu pertumbuhan industri minyak di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd Rofaie Mohd Hamdan, berkata menerusi model perniagaan milikan tunggal, hanya seorang pengusaha dibenar mengendalikan sebuah stesen menyebabkan ia tidak berkembang.

“Bagaimanapun, jika menggunakan model sendirian berhad, pengusaha boleh bergabung dengan pengusaha lain untuk meluaskan perniagaan dan saling membantu antara satu sama lain.

“Ini kerana situasi semasa yang menunjukkan ketidakstabilan harga jualan bahan api turut menjejaskan industri sekali gus menyebabkan platform milikan tunggal tidak lagi relevan.

“Dianggarkan 200 daripada 3,000 stesen minyak sudah gulung tikar akibat tidak mampu bertahan dan bersaing dengan stesen minyak yang lebih besar dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Diskusi Pra Bajet 2018 bagi membincangkan cadangan memantapkan ekonomi usahawan Bumiputera menjelang Bajet 2018, anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) di sini, malam ini.

Turut hadir, Presiden PERDASAMA, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Dewan PERDASAMA Muda, Muhammad Taqiuddin Halim.

Sementara itu, Mohd Rofaie berkata, perubahan harga jualan bahan api setiap minggu menyebabkan pengusaha tidak boleh merancang perolehan pendapatan bulanan walaupun ia memberi kelebihan kepada pengguna ketika harga turun.

Contohnya, ketika harga jualan meningkat pengusaha memerlukan modal tambahan untuk membeli bekalan.

“Sebaliknya, ketika harga jualan turun, pengusaha akan kerugian pula kerana membeli bekalan bahan api dalam jumlah terhad mengikut kuota masing-masing,” katanya.

Sumber BH Online

from IKIMfm http://ift.tt/2xku1UW

Presiden Turki tiba di Iran untuk rundingan penting

TEHRAN, 5 Oktober – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tiba di Tehran pada Rabu bagi  mengadakan rundingan penting dengan pegawai kanan Iran, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada lawatan sehari itu, Erdogan akan bertemu rakan sejawatannya Hassan Rouhani dan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei untuk berbincang berkaitan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa.

Erdogan dan Rouhani juga akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat kelima Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi Turki-Iran.

Kunjungan itu atas undangan Presiden Rouhani ekoran pungutan suara menuntut kemerdekaan oleh puak Kurdish baru-baru ini, isu yang mencetuskan kebimbangan kedua-dua negara terbabit.

Sumber BERNAMA

from IKIMfm http://ift.tt/2hNeXrT
via IFTTT

Maznah Hamid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Usahawan terkenal Datuk Dr Maznah Hamid menghembus nafas akhir di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, 6 petang semalam.

Menurut anggota keluarganya, Allahyarhamah meninggal dunia setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 September lepas.

Allahyarhamah yang juga Exco Wanita UMNO dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan keluarga berada di sisi ketika Maznah meninggal dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat menziarahi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady’ itu semasa beliau dirawat di IJN.

“Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke rumah kira-kira 10 malam ini” kata Shaheen merujuk kepada kediaman mereka yang beralamat di Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, Off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, Ampang di sini.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang esok.

Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, di sini selepas itu.

Allahyarhamah dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 Sept lepas.

“Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Allahyarhamah,” kata keluarga Maznah dalam kenyataan.

Sumber BERNAMA

from IKIMfm http://ift.tt/2xW9jHW
via IFTTT

Presiden Turki tiba di Iran untuk rundingan penting

TEHRAN, 5 Oktober – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tiba di Tehran pada Rabu bagi  mengadakan rundingan penting dengan pegawai kanan Iran, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada lawatan sehari itu, Erdogan akan bertemu rakan sejawatannya Hassan Rouhani dan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei untuk berbincang berkaitan hubungan dua hala serta isu serantau dan antarabangsa.

Erdogan dan Rouhani juga akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat kelima Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi Turki-Iran.

Kunjungan itu atas undangan Presiden Rouhani ekoran pungutan suara menuntut kemerdekaan oleh puak Kurdish baru-baru ini, isu yang mencetuskan kebimbangan kedua-dua negara terbabit.

Sumber BERNAMA

from IKIMfm http://ift.tt/2hNeXrT
via IFTTT

Umur Insan

PARA ulama membahagikan fasa umur manusia kepada beberapa masa yang tertentu di dalam hidup agar mereka menyedari saat-saat yang dilalui dan tidak terleka di dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Sebaimana firman Allah di dalam al-Quran, surah al-Munafiquun, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Menerusi perkongsian di dalam slot Mau’izati di IKIMfm Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menjelaskan tentang kandungan ayat di dalam surah al- Mukminuun, ayat 12-14: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”

Ketika manusia masih berada di dalam rahim ibu, malaikat dihantar oleh Allah untuk ditiupkan roh ke dalam kandungan si ibu serta dituliskan tentang empat perkara. Iaitu mengenai rezeki, ajal, amalan dan balasan syurga atau neraka. Di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, “Tidak ada tuhan melainkan Allah, ada dikalangan manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga sehinggakan dirinya dengan syurga itu hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba apabila hampir dengan kematian, terbalik suratan kitabnya dan beramal dengan amalan ahli neraka. Lalu dia mati dan dimasukkan ke dalam neraka. Dan ada di kalangan kamu yang hidupnya, beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dirinya dengan neraka sangat dekat, hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba berubah suratan kitabnya, di akhir kehidupannya beramal dengan amalan ahli syurga dan mati, lalu dia dimasukkan ke dalam syurga Allah.”

Imam Ibnu al-Jauzirah menyebut, pada ketika manusia dilahirkan di dunia, di bahagikan umurnya kepada lima fasa. Sejak mula dilahirkan manusia menghadapi 99 perangkap kematian, ada yang dapat menghadapinya sehingga akhir, manakala ada yang tidak sempat menghabiskan tempoh tersebut lalu menemui kematian. Fasa pertama di dalam kehidupan manusia sewaktu melalui zaman kanak-kanak iaitu ketika bayi sehinggalah mereka mencapai usia 15 tahun. Fasa kedua ketika muda, iaitu ketika berumur di antara 15 tahun sehingga 35 tahun. Fasa ketiga apabila manusia dewasa bermula ketika 35 tahun sehingga berumur 55 tahun. Manakala fasa keempat iaitu apabila manusia menjadi tua, berumur di antara 55 tahun sehingga 70 tahun. Fasa kelima pula ialah apabila manusia menempuhi usia bangka, iaitu berumur di antara 70 tahun sehingga akhir hayat yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Apabila manusia mencapai usia 20 tahun sehingga 40 tahun, mereka melalui tempoh diganjari dengan kurniaan duniawi daripada Allah. Namun setelah mencapai usia 40 tahun, seharusnya jadikanlah amalan dengan membaca doa, “Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu redha di dalam hidup ini.” Firman Allah di dalam surah al-Ahqaaf, ayat 15: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Sewajarnya pada usia 40 tahun, manusia tidak lagi sibuk mengejar sesuatu urusan dunia atau berasa gembira dengan hal ehwal keduniaan semata-mata dan tenggelam di dalam kelalaian diri. Sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian yang semakin hampir dan mengubah ketentuan atau qada yang telah ditetap ketika disuratkan semasa berada di dalam kandungan ibu iaitu qada yang tidak baik kepada qada yang lebih baik. Qada yang lebih baik akan menjamin diri menghuni syurga pada Hari Akhirat kelak. Maka istiqamahlah dengan agama dan sentiasalah berdoa kepada Allah.

Sheikh Wahab bin Munabbih pernah membaca di dalam beberapa buah kitab dan berkata, “Bahawasanya satu suara akan menyeru dari langit keempat pada setiap pagi yang memanggil, “Wahai manusia yang berusia 40-an, kamu adalah tanaman yang telah dekat masanya untuk dituai. Lalu wahai manusia yang berumur 50-an, sudahkah kamu mengira apa yang sudah kamu lakukan dan apa yang belum kamu lakukan. Wahai manusia yang umurnya 60-an tidakkah kamu tahu bahawa tidak ada lagi alasan buatmu. Alangkah baiknya jika semua makhluk tidak diciptakan ataupun jika mereka telah dicipta, sebaiknya mereka mengetahui mengapa mereka telah diciptakan. Berhati-hatilah, saat kamu telah tiba. Jaga-jagalah diri kamu semua.”

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 5 Oktober 2017

from IKIMfm http://ift.tt/2yJwLan
via IFTTT