JOHOR BAHRU, 4 Oktober – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menjadikan Rabu sebagai `Hari Terbuka’ bagi membolehkan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri memberi taklimat dan perkembangan terkini berkaitan pembangunan Johor kepada baginda.
Sultan Ibrahim bertitah bahawa langkah itu bagi memastikan projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
“Setiap pagi Rabu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menerima mengadap ketua-ketua Jabatan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, dekat sini,” titah baginda dalam Facebook (FB) rasmi baginda, hari ini.
Baginda turut berkenan meneliti setiap dokumen dan pembentangan yang dikemukakan.
Pada hari ini baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut; Datuk Bandar Johor Bahru, A Rahim Nin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Mohd Salleh Abu Bakar.
Kredit : Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
from IKIMfm http://ift.tt/2xSlHZw
via IFTTT