Insiden Las Vegas tiada kaitan militan Daesh

LAS VEGAS, 3 Oktober – Pasukan penyiasat setakat ini mendapati insiden tembakan rambang di sini tiada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa yang menyaksikan 58 orang terbunuh manakala 515 lagi cedera, kata seorang ejen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam.

Kumpulan militan Daesh, menerusi agensi propagandanya, sebelum ini mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, mendakwa penembak baharu saja memeluk Islam baru-baru ini.

Polis berkata serangan itu dilakukan seorang pesara akauntan, Stephen Paddock, berusia 64 tahun.

“Susulan perkembangan peristiwa ini, kami mendapati ia tiada hubungan dengan kumpulan pengganas antarabangsa,” kata ejen khas FBI di Las Vegas, Aaron Rouse.

Sumber AFP



from IKIMfm http://ift.tt/2xPANyN
via IFTTT