425,251 calon duduki ujian bertulis PT3 hari ini

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di seluruh negara, bermula pagi ini hingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 394,458 adalah calon sekolah kerajaan, 9,034 (calon sekolah agama negeri), 10,949 (calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan 2,540 (calon sekolah agama rakyat).

Manakala 1,091 adalah calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM), 544 (calon persendirian) dan 65 calon daripada sekolah integriti/ asrama akhlak serta tunas bakti.

PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak 2014.

Sementara itu, di Selangor, seramai 75,473 calon menduduki PT3 di 332 pusat peperiksaan di negeri ini.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda, seramai 221 calon menduduki Ujian Bertulis Bahasa Melayu PT3, pagi ini.

Sebelum memasuki dewan, pelajar berhimpun di tapak perhimpunan bagi mendengar amanat daripada Pengetua, Hashim Saryani.

Petang nanti, calon PT3 akan menduduki ujian bertulis subjek Matematik.



from IKIMfm http://ift.tt/2hXJsvp
via IFTTT