KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Sejumlah RM1.85 bilion berjaya dikumpul melalui tabung wakaf oleh 20 buah Universiti Awam (UA) di negara ini sehingga Jun tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Universiti Malaya mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM1.6 bilion diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), RM71 juta.
“Setiap UA mempunyai tabung wakaf dengan sumbangan yang diperolehi daripada individu dan syarikat serta ia merupakan salah satu sumber pendanaan yang penting bagi kelestarian universiti.
“Selain itu, sehingga kini terdapat 13 buah UA yang telah menubuhkan pusat wakaf masing-masing yang mendapat kelulusan daripada Majis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk membuat kutipan wakaf dengan sejumlah RM23.02 juta berjaya dikutip oleh pusat-pusat tersebut, ” katanya ketika sessi soal jawab.
Idris berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid yang ingin tahu mengenai bilangan universiti yang telah mewujudkan tabung wakaf bagi menghadapi masa depan universiti daripada terus diberi dana oleh kerajaan.
Sumber Bernama
from IKIMfm http://ift.tt/2vjZmnV
via IFTTT