PUTRAJAYA, 7 Ogos – Pemilihan Surah Yasin sebagai surah tema Merdeka #QuranHour dan World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini merupakan langkah tepat dalam usaha melahirkan peribadi Muslim sejati sekali gus memupuk erti kemerdekaan negara sebenar.
Qari terkemuka negara, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, ini kerana Surah Yasin yang dianggap oleh ulama sebagai jantung al-Quran adalah surah yang banyak menyentuh mengenai hati manusia.
“Surah Yasin adalah surah yang berkait rapat dengan hati manusia. Dijelaskan dalam ini mengenai ciri-ciri manusia berhati bersih, begitu juga hati yang mati serta cara untuk membentuk hati,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Breakfast Talk World #Quranhour di sini, hari ini.
Sumber Utusan Online
from IKIMfm http://ift.tt/2wumajd
via IFTTT