Jurucakap gabenor wilayah, Zabihullah Amani berkata, anggota pemberontak yang turut disertai militan asing menyerang sebuah pos kawalan keselamatan di kawasan Mirza Olang di daerah Sayaad malam tadi dan membakar 30 kediaman.

“Mereka dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Turut terbunuh ialah tujuh anggota keselamatan Afghanistan serta beberapa anggota militan,” katanya, semalam.

Sumber  REUTERS