KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson kira-kira pukul 10 pagi di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau dan Tillerson turut berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS serta isu-isu serantau.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Ia merupakan lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.
Sumber UTUSAN ONLINE
from IKIMfm http://ift.tt/2wu1s39
via IFTTT