ADDIS ABABA, 5 September – Tiga pertubuhan makanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggesa masyarakat dunia memperkukuhkan campur tangan dalam masalah kebuluran yang melanda Ethiopia, lapor agensi berita Xinhua China.
Gesaan itu disuarakan tiga ketua pertubuhan iaitu Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia David Beasley, Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Jose Graziano da Silva dan Presiden Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa Gilbert F. Houngbo.
Pegawai berkenaan mengadakan lawatan ke Tigray dan Ethiopia yang dilanda kemarau selama empat hari bermula 1 September.
Ketiga-ketiga ketua berkenaan turut menyedari terdapatnya keperluan kerjasama untuk mengatasi masalah kemarau daripada menjadi bertambah serius dan pada masa sama memuji usaha kerajaan Ethiopia dalam menanggani krisis.
“Kita perlu berterima kasih di atas apa yang Ethiopia lakukan selain bekerjasama baik dengan penderma,” kata Beasley.
Sumber BERNAMA
from IKIMfm http://ift.tt/2ezQnG1
via IFTTT