Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selain 67 Jemaah Bakal Haji Bermasalah Visa (BHBV) itu, 15 ahli keluarga mereka juga masih berada di tanah air menjadikan jumlah yang masih belum berlepas ke Tanah Suci sebanyak 82 orang.

“Berikutan isu ini Tabung Haji (TH) telah mendapat komitmen dan bantuan yang amat baik daripada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

“TH yakin dapat menerbangkan semua jemaah haji terpilih bagi musim ini menjelang atau sebelum berakhirnya tempoh penerbangan ke Tanah Suci pada 26 Ogos nanti,” katanya ketika menjawab soalan Idris Ahmad  pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sumber UTUSAN ONLINE