KABUL, 7 Ogos – Serangan kumpulan pemberontak ke atas sebuah kampung di wilayah utara Afghanistan dekat Sar-e Pul membunuh sekurang-kurangnya 50 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.
Jurucakap gabenor wilayah, Zabihullah Amani berkata, anggota pemberontak yang turut disertai militan asing menyerang sebuah pos kawalan keselamatan di kawasan Mirza Olang di daerah Sayaad malam tadi dan membakar 30 kediaman.
“Mereka dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Turut terbunuh ialah tujuh anggota keselamatan Afghanistan serta beberapa anggota militan,” katanya, semalam.
Sumber REUTERS
from IKIMfm http://ift.tt/2wuispM
via IFTTT