PUNCA TELINGA KITA BERDESING!

ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera semua! Nak share lagi ni. Sebelum tu nak tanya korang dulu. Pernah tak time korang tengah buat something tiba-tiba telinga rasa berdesing? Atau pun berdengung? Atau... Em, apa lagi ek nama lain nya? Tah! Carik la sendiri ye. Hehe... Baru sekejap tadi, telinga ni tiba-tiba rasa berdesing. Ngiiiinnnnggg!!! Before ni pun selalu jugak kena. Hati kecil ni pun tertanya-tanya, kenapa ek? Apa lagi, alang-alang internet depan mata, Anis pun cepat-cepat la search!
Subhanallah... Rupanya ada banyak sebab kenapa telinga kita ni berdesing. Antaranya macam yang di sebut dalam hadis kat bawah ni.
Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepadaku. Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir "Dzakarallahu Man Dzakarni Bi Khair". (Riwayat Ibnu Sunni)

Dalam kitab Al 'Azizi 'Ala Jami'ish Shaghir pun ada sebut tentang hadis ni. Rupanya baginda nak supaya kita sentiasa mengingatinya dengan berselawat kemudian berdoa Dzakarallahu man dzakarni bi khair yang bermaksud Allah mengingatkan orang yang mengingati ku dengan kebaikan.

Namun ada pulak yang berpendapat bahawa telinga berdesing disebabkan gugurnya daun yang melambangkan roh manusia di Luh Mahfuz. Telinga kita akan berdesing apabila ada daun yang gugur, tandanya ada orang meninggal dan daun yang gugur tu terlanggar daun kita. Pernah jugak terdengar kawan cerita yang ustaz dia dok cerita pasal ni. Tapi... Err... Betul ke?

Imam Al-Manawi pulak kata, "Sesungguhnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke roh, iaitu Rasulullah SAW telah menyebut nama orang tersebut dengan kebaikan pada al malail 'ala (kumpulan tertinggi) di alam roh".

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa syaitan sedang membisikkan perkara yang buruk di telinga kita. Ada pulak yang kata itu adalah sixth sense. Tak ketinggalan, ada juga yang mengemukakan beberapa firasat soal isu telinga berdesing ni. Dari segi perubatan, benda ni digelar tinnitus. Nak tahu lebih lanjut [klik dekat sini] ye.

Wallahualam. Anis sendiri tak dapat nak pastikan sama ada semua ni betul ataupun tak. Apa yang Anis boleh rumuskan kat sini adalah, banyak-banyakkan lah berselawat dan mengingati baginda Rasulullah SAW. Sebagai seorang umat baginda, memang kita di ajar dan di suruh untuk sentiasa berselawat ke atas baginda. Banyak kelebihan nya.

Astaghfirullah hal azim.. Bila terfikir, menitis air mata ni. Betapa alpanya diri ini mengingatmu Ya Rasulullah. Ampunkan lah umat-mu ini. Semoga hal ini turut memberi pengajaran kepada pembaca semua supaya rajin-rajin lah kita berselawat ke atas nabi kita Muhammad SAW. Segala apa yang Allah jadikan ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kejadian telinga berdesing tu pun ada sesuatu yang cuba disampaikan Allah. Cuma kita ni hanya manusia biasa yang tak mampu mentafsir segalanya.

Sama-samalah kita renungkan. Salam...